Monday, October 19, 2009

Daerah Sik (Kedah, Malaysia)

Daerah Sik terletak di sebelah timur Negeri Kedah, bersempadanan dengan Negara Thailand di bahagian timur laut dan utara. Ia juga bersebelahan dengan Daerah Baling di selatan, Daerah Kuala Muda di barat daya, Daerah Pendang di barat dan Daerah Padang Terap di barat laut.

Sik sebenarnya berasal dari perkataan Arab "Syed". Mubaligh-mubaligh Arab yang membuka penempatan ini. Mereka berhenti dan singgah dengan perahu di Lubuk Tok Keramat, Sg Chepir, berdekatan dengan stesen minyak Shell sekarang, di Pekan Sik.

Mereka telah mendirikan perkhemahan di sebuah padang yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh. Tapak ini kemudian berkembang menjadi sebuah penempatan dan pondok yang pertama di Daerah Sik dan mungkin yang pertama di Negeri Kedah Darul Aman.

Padang Tok Sheikh sekarang ini terletak berhampiran dengan Masjid Pekan Sik dan sekarang ini dibangunkan sebagai Kompleks Pejabat Agama Daerah Sik, Kedah.

Perkataan "Sik" berasal dari "Syed" atau "Sheikh" dan jika disebut dalam loghat patani Kelantan, ianya berbunyi "Sik". Sebutan di antara bunyi Sik dan Saik. Rombongan mubaligh itu berketurunan Wan Ibrahim Mekong.


TEMPAT-TEMPAT MENARIK
Rimba Taqwa
Terkenal dengan alam semulajadinya yang belum tercemar dan sesuai untuk menanjurkan aktiviti seperti kem motivasi
Lata mengkuang Lata Mengkuang

Hutan Lipur Lata Mengkuang terletak dalam Hutan Simpan Rimba Teloi kawasan 72.
Di sini terdapat pelbagai flora dan fauna seperti pokok Meranti Melantai,Meranti langgong, Meranti tembaga serta Palma.
lata lembu emas Lata Lembu Emas

Lata Lembu Emas ini selalunya diadakan program
seperti kembara merdeka kerana tempatnya yang sesuai dengan keindahan alam
tasik beris Tasik Beris

Tasik Beris merupakan sebuah tasik buatan manusia di Malaysia, yang terbentuk hasil dari pembinaan empangan Beris iaitu pada 10 Ogos 2000.Jauhnya tasik ini dari Pekan Sik adalah lebih kurang 24 km atau dari Alor Setar iaitu 90 km.
empangan muda Empangan Muda

Kawasan Tadahan Air untuk kegunaan MADA disalurkan di negeri Kedah
hutan simpan ulu muda Hutan Simpan Ulu Muda

Hutan Simpan Ulu Muda merangkumi kawasan
seluas 100,000 hektar di sekitar kawasan hutan
Ulu Muda dan kaya dengan hidupan flora dan fauna,
dengan lebih 100 spesies mamalia dan 50 spesies reptilia.