Monday, October 19, 2009

Daerah Sik (Kedah, Malaysia)

Daerah Sik terletak di sebelah timur Negeri Kedah, bersempadanan dengan Negara Thailand di bahagian timur laut dan utara. Ia juga bersebelahan dengan Daerah Baling di selatan, Daerah Kuala Muda di barat daya, Daerah Pendang di barat dan Daerah Padang Terap di barat laut.

Sik sebenarnya berasal dari perkataan Arab "Syed". Mubaligh-mubaligh Arab yang membuka penempatan ini. Mereka berhenti dan singgah dengan perahu di Lubuk Tok Keramat, Sg Chepir, berdekatan dengan stesen minyak Shell sekarang, di Pekan Sik.

Mereka telah mendirikan perkhemahan di sebuah padang yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh. Tapak ini kemudian berkembang menjadi sebuah penempatan dan pondok yang pertama di Daerah Sik dan mungkin yang pertama di Negeri Kedah Darul Aman.

Padang Tok Sheikh sekarang ini terletak berhampiran dengan Masjid Pekan Sik dan sekarang ini dibangunkan sebagai Kompleks Pejabat Agama Daerah Sik, Kedah.

Perkataan "Sik" berasal dari "Syed" atau "Sheikh" dan jika disebut dalam loghat patani Kelantan, ianya berbunyi "Sik". Sebutan di antara bunyi Sik dan Saik. Rombongan mubaligh itu berketurunan Wan Ibrahim Mekong.


TEMPAT-TEMPAT MENARIK
Rimba Taqwa
Terkenal dengan alam semulajadinya yang belum tercemar dan sesuai untuk menanjurkan aktiviti seperti kem motivasi
Lata mengkuang Lata Mengkuang

Hutan Lipur Lata Mengkuang terletak dalam Hutan Simpan Rimba Teloi kawasan 72.
Di sini terdapat pelbagai flora dan fauna seperti pokok Meranti Melantai,Meranti langgong, Meranti tembaga serta Palma.
lata lembu emas Lata Lembu Emas

Lata Lembu Emas ini selalunya diadakan program
seperti kembara merdeka kerana tempatnya yang sesuai dengan keindahan alam
tasik beris Tasik Beris

Tasik Beris merupakan sebuah tasik buatan manusia di Malaysia, yang terbentuk hasil dari pembinaan empangan Beris iaitu pada 10 Ogos 2000.Jauhnya tasik ini dari Pekan Sik adalah lebih kurang 24 km atau dari Alor Setar iaitu 90 km.
empangan muda Empangan Muda

Kawasan Tadahan Air untuk kegunaan MADA disalurkan di negeri Kedah
hutan simpan ulu muda Hutan Simpan Ulu Muda

Hutan Simpan Ulu Muda merangkumi kawasan
seluas 100,000 hektar di sekitar kawasan hutan
Ulu Muda dan kaya dengan hidupan flora dan fauna,
dengan lebih 100 spesies mamalia dan 50 spesies reptilia.

Thursday, April 2, 2009

mY HoMe ToWn

Kulim adalah merupakan salah sebuah daerah di negeri Kedah Darul Aman.

Kulim is a major town and district in Kedah, Malaysia. It is the main industrial area in Kedah and the site of Intel Corporation regional factory and R&D center in Malaysia. It also houses lots of multinational companies in its very own Kulim hi-tech industrial park(second hi tech park in Malaysia). Kulim is connected to nearby Butterworth in Penang via Butterworth-Kulim Expressway (BKE).

The estimation of Kulim's population are around 150k as of year 2007.

The name of Kulim came from a the name of a tree. This particular tree is valued for its wood usage and during 1997, the value for Kulim tree per m³ was about RM270. The scientific name for Kulim tree is Scorodocarpus borneensis.

Kulim adalah salah sebuah daripada sebelas buah Daerah di Negeri Kedah DArul Aman. Kedudukannya sebelah utara yang bertumpu dengan Sungai Muda menjadi sempadan Daerah Kuala Muda di sebelah timur laut bertumpu dengan Sungai Sedim yang menjadi sempadan Daerah baling. Manakal disebelah tenggara yang bertumpu dengan Sungai Kerian adalah menjadi sempadan dengan Negeri Perak Darul Ridzuan, diselatannya bersempadan dengan Negeri Pulau Pinang.

Daerah ini meliputi keluasan 298.86 bat upersegi (202.368 ekar atau 77,437 hektar)

Kulim adalah salah sebuah daripada sebelas buah Daerah di Negeri Kedah Darul Aman. Kedudukannya sebelah utara yang bertumpu dengan Sungai Muda menjadi sempadan Daerah Kuala Muda di sebelah timur laut bertumpu dengan Sungai Sedim yang menjadi sempadan dengan Daerah Baling. Manakala di sebelah tenggara yang bertumpu dengan Sungai Kerian adalah menjadi sempadan dengan Negeri Perak Darul Ridzuan, di selatannya bersempadan dengan Negeri Pulau Pinang.Daerah ini meliputi keluasan 298.86 batu persegi ( 202.368 ekar atau 77,437 hektar ) 765km² peratus 8.12

Pentadbiran Daerah Kulim secara rasminya diasaskan pada tahun 1910 oleh Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Mohamad Asaad bin Tunku Ahmad Tajuddin sebagai Pegawai Daerahnya yang pertama.